Ini laman web tentang apa?
Ini adalah laman web berbentuk e-learning yang khas untuk mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang dibina sebagai salah suatu usaha untuk membangunkan komuniti Orang Pekak (OP) dan masyarakat Malaysia. Laman web e-learning ini mengandungi banyak perkataan isyarat dalam bentuk video yang boleh ditonton dan dipelajari serta beberapa fungsi sampingan lain.
Bagaimana cara menggunakan laman web e-learning ini?
Cara penggunaan laman web e-learning ini adalah sangat mudah. Hanya taipkan perkataan yang diingini diruangan carian perkataan dan video tutorial akan muncul. Carian juga boleh dibuat dengan menggunakan carian mengikut topik/kategori.
Perkataan yang diingini tiada dalam e-learning?
Jika perkataan yang diingini tiada dalam e-learning ini, ini bermakna perkataan tersebut belum disediakan lagi. Walaubagaimanapun, anda boleh mohon untuk mendapatkan perkataan tersebut dengan klik Tanya Perkataan Baru. Anda perlu daftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon perkataan baru ini. Selepas anda mohon, pihak admin e-learning akan menyediakan perkataan tersebut dan muat naik kedalam e-learning ini.
01
02
03
Masalah mendaftar atau log in?
Sekiranya anda mempunyai masalah mendaftar atau log ini, boleh nyatakan masalah tersebut kepada admin dengan klik Tentang Kami dan menyatakan permasalahan yang dialami.
04
Perkembangan silibus lain?
Pihak admin akan cuba sebaik mungkin dari semasa ke semasa bagi menyediakan perkataan baru dan muat naik ke dalam e-learning ini. Memandangkan pihak admin tidak mempunyai pekerja tetap, mungkin akan berlaku sedikit kesulitan tetapi akan tetap diusahakan demi pembangunan pendidikan OP
05
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan lazim yang sentiasa ditanya tentang laman web e-learning ini. jika anda mempunyai sebarang persoalan yang tiada didalam senarai soalan lazim ini, anda boleh emailkan soalan anda dengan klik butang Tentang Kami.